Pas Tiket Taman Tema Sunway Lagoon dengan Akses 6 Taman Tema | Selangor
Product Info
Alami keseronokan tanpa henti di taman tema air di Malaysia yang memenangi anugerah — Sunway Lagoon! Terokai enam zon pengembaraan di dalam taman tema yang menampilkan pelbagai tarikan yang mendebarkan.
Jejakkan kaki ke Amusement Park untuk menaiki roller-coaster koboi atau alami dunia terbalik 360 darjah di kapal lanun. Bermandi-manda dengan ceria di taman tema air di mana anda dibawa arus ombak besar di Surf Beach atau meluncur laju dengan gelongsor air Vuvuzela Vortex Ride, gelongsor air terbesar dan tertinggi di dunia. Pengunjung juga boleh singgah di Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia, Nickelodeon Lost Lagoon dan bersuka-ria dengan keluarga dan kawan-kawan.
Uji keberanian anda di Scream Park dengan deruan audio-visual yang mendebarkan dan alami suasana yang menyeramkan. Singgah pula di Wildlife Park, tempat tarikan interaktif bertemakan haiwan yang pertama di Malaysia untuk melihat serta mengagumi haiwan-haiwan jinak dan comel. Jangan lepaskan peluang juga menaiki ATV yang penuh cabaran di X Park sambil menerokai alam semulajadi.
Anda ingin tahu lebih lanjut tentang semua tarikan popular di Sunway Lagoon? Dapat maklumat yang lebih mendalam di sini untuk alami kepuasan taman tema yang paling menyeronokkan di Kuala Lumpur dengan lebih 90 tarikan! Dapatkan harga tiket istimewa Sunway Lagoon hanya dengan KKday!
Anda tidak perlu risau kerana Sunway telah menetapkan peraturan keselamatan COVID-19
Purchase Notice
- Baucar hanya boleh digunakan pada tarikh yang ditetapkan
- Waktu operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang
- Tebus baucar anda di kaunter 6 - 8; sila bawa bersama salinan atau gambar pasport anda
- Sila pastikan nama tempahan anda adalah sama dengan nama pada ID anda. Pengunjung warganegara Malaysia perlu mengemukakan myKad mereka untuk menebus baucar. Pengunjung bukan warganegara Malaysia pula perlu menunjukkan pasport mereka untuk menebus baucar bagi pengesahan ID
- Satu baucar adalah untuk seorang sahaja. Baucar tidak boleh dikembalikan atau dipindah milik
- Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah 90 cm dan di bawah umur 3 tahun (kedua-dua syarat mesti dipenuhi)
- Bayaran tambahan akan dikenakan untuk kemudahan atau aktiviti berikut: Bungee Jump, G-Force X, Go Kart
- Diingatkan kapasiti maksimum bagi 1 tempahan adalah untuk 10 pengunjung (termasuk dewasa dan kanak-kanak); pengunjung yang datang melebihi 10 orang tidak dibenarkan masuk
- Sila tebus baucar makan anda di gerai makan Sunway Lagoon (Local Delight) yang terletak di Zulu Walk
- Masa untuk ambil set makanan anda adalah antara 11:00 pagi hingga 3:00 petang
- Sunway Lagoon telah menetapkan garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan COVID-19:
> Prosedur pembasmian kuman dipertingkatkan
> Jumlah pengunjung terkawal
> Pemeriksaan suhu
> Penjarakan sosial
> Pemakaian topeng bagi kakitangan dan pengunjung di taman tema
> E-pembayaran disediakan di semua gerai
> Borang pengisytiharan individu melalui kod QR
> Salam ucapan tanpa kontak
> Penggunaan cecair pembasmi kuman dan ruang sanitasi aqua blaster semasa masuk
> Sila lihat video ini untuk memahami langkah keselamatan di Sunway Lagoon dengan lebih mendalam
Reminders
- Kod pakaian di Taman Tema Air: Baju renang, kemeja-T atau seluar tight
- Kod pakaian di Scream Park: Kasut, berpakaian, dan kemeja-T. Pakaian basah tidak dibenarkan
- Pembayaran bagi pembelian di taman tema hanya boleh dibuat melalui e-dompet. Pengunjung boleh menambah nilai e-dompet mereka di dalam taman tema
- Diingatkan kapasiti maksimum 1 tempahan adalah untuk 10 pengunjung (termasuk dewasa dan kanak-kanak); pengunjung yang datang melebihi 10 orang tidak dibenarkan masuk
- Setiap akaun adalah terhad kepada 2 tempahan dalam seminggu. Tiket adalah untuk kegunaan peribadi atau sebagai hadiah tetapi tidak boleh digunakan untuk dijual semula